Thursday, June 30, 2011

gtg

assalammualaikum :)


pasti kamu semua pernah mengalirkan airmata untuk sesuatu yang pernah berlaku bukan

sakit dan pedih bila kita rasa kehilangan seseorang yang kita sayang terutama ibubapa kita


dan pada pasangan kekasih pulak, ditinggalkan oleh pasangannya


sepotong lagu menghiasi ruang blog ini :)


aku terluka

tak pernah ku sangka terjadi sekali lagi

kecewa untuk sekian kalinya

habis sorang untuk semua

kejam bukan dirimu!


aku kecewa pedih

tak mungkin kau dapat faham sakitnya

cinta kita kau persendakan

pergilah kau jauh dari hidup ini

melayari bahtera mu disana wahai kekasih


aku si bodoh yang percaya kata katamu

setia menunggumu

tapi bukan ini yang aku pinta pengakhirannya


pergi kau pergi

tinggalkan aku

biar aku sendiri

biar aku menangis lagi! ! !





till then,
bye










Wednesday, June 29, 2011

1 2 3


assalammualaikum :)




bosan dirumah hari ini!

niat terbatal mahu pergi shah alam untuk setelkan praktikal

dan

mahu berbuka puasa bersama bestie pun terbatal kerana dia lagi kesibukan di office


hanya bertemankan lappy dengan hati yang pedih





hope hari ini baik untuk semua orang


bye



love :)


salam


assalammualaikum :)


salam 1 malaysia kepada semua dan tidak lupa jugak salam israq mikraj



hari nie mahu bercerita tentang DIA


siapakah?



dibawah ini la




yang si hidung besar dan berambut panjang itu la saya ingin berceritakan hari ini
heheh


mengapa?

jangan tanya!



nama dia muhammad bin tomiran

atau incik tommy@mamat@incik b

kalau anda semua perasan pada entry yang "im taken" sebelum sebelum nie

saya ada bercerita tentang si dia lebih detail so sekarang tidak perlu la detail sangat kan, pasti anda anda kenal siapa dia bukan



dia yang suka buat hati ni gembira dan sedih

tapi sekarang dia sudah ade keputusan yang tetap tanpa budi bicara lagi


keras bukan hati dia
haha


saya ingin menyampai seribu 1 mohon kemaafkan kepada kamu kerana telah membuat hati kamu terluka dengan perangai saya dikala ini


pleash pleash pleash.


maaf ok

0-0

kan nak raya ni, so kena la bermohon maaf

winkwink


setiap bicara awak kadang kala mengusik hati ini, menusuk hati ini tapi jauh disudut hati awak saya tahu apa yang awak ingin sampaikan

kedegilan saya membuatkan kamu terus dan terus sabar dan kini sampai la masanya kamu hilang sabar

hehe

maaf sekali lagi


jika kamu sudah menemui insan yang lebih baik dari saya, teruskan sahaja dengan perempuan itu okay?

tidak mahu hati kamu terus dan terus disakiti lagi oleh saya yang kejam ini


jaga diri awak

jaga makan minum awak

jaga nissan dan myvi purple jgk! ngee :)


kelunturan itu tidak pernah ada incik b
kamu faham maksud saya?

till then,
bye

salam ukhuwah

-norliyana athirah-



Tuesday, June 28, 2011

selamat berbuka

assalammualaikum :)



selamat berbuka puasa kepada sesiapa yang puasa


:)


mahu menyiapkan juadah berbuka sebentar ya




love everyone around me


till then
bye

:)




hurt to be me


assalammulaikum

sila jawab salam diatas yea :)


semua orang memiliki hati yang baik budi perkertinya bukan..


sesiapa sahaja di bumi ini inginkan sepasang lagi hati yang ingin dikongsi rasa sedih , gembira dan semuanya bersama

tetapi hati ini

sering sahaja merasakan sedih


hati! hati! hati!

tolong jangan menangis lagi melihat keadaan sekeliling yang kamu nampak kerana ianya akan menambahkan lagi deritamu sayang



cukup la

pedih bukan yang kamu rasa


sakit bukan..


ingatlah kamu masih ada orang yang amat menyayangi kamu

allah swt sentiasa ade dengan kitaa


kamu pasti mahu merasakan cinta yang paling agung

dusta bukan cinta cinta di dunia ini yang kamu terima melainkan cinta yang maha agung dariNYA :)


hidup ini kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki


HATI. mengerti kah engkau?


semoga cepat sembuh kamu ya HATI dari sampah samaph disekeliling kamu




*hati yang kau sakiti*
till then,
bye







mimpi semalam


assalammualaikum semua :)


sudah makan? sihat?

harap semua sihat tubuh badan akal dan fikiran yea :)


hari semalam tidak akan muncul lagi tetapi mimpi semalam muncul dikamar ku

kamar yang didiami oleh 3 gadis comel

dihiasi dengan langsir berwarna hijau dan aircond yang bersuhu 17c serta suasana malam yang sungguh sunyi sepi diluar sana

seperti sepi dihati ini


yaa!

tentang mimpi semalam

mengapa ianya muncul di sebalik tidurku yang lena

dari mana hadirnya jejaka itu

tanpa aku sedari

berada disisiku

melihat aku tanpa rasa jemu dan terus berlalu lenyap dari bayangan

ouh disitu bahagia ku rupanya


terasa 1 sentuhan yang dingin di pipi ku

mengulit semua kenangan antara kamu dan aku


apakah?

bukankah engkau lagi kesibukan dengan kerja

sedikit pun engkau tidak memikirkan aku


mengapa engkau hadir semalam?


subuh itu mengingatkan aku tentang dia

dia yang pernah membuat hati ini terlalu gembira

dan memandang ke arah telefon, tanpa sebarang panggilan atau message dari dia yang mesra seperti dahulu hanya message berbaurkan rasa tidak puas hati sahaja yang ku terima

sayu hati :(


rela dalam terpaksa




sekian


til then,
bye

:)




Monday, June 27, 2011

webcam :)


assalammualaikum :)

sihat hendaknya okay kamu kamu semua sekalian..


bila sudah bosan dirumah, ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan

salah satunya adalah seperti gedik ,terlentok,terlentik dihadapan webcam perasan diri tuh cantik!

euuwww ,,OMJ :)

siapakah saya maksudkan

sila lihat dibawah :




si gadis bertudung litup :)



baik perilakunya :)



haa,mula la perangainya itu :)



kenyip mata sket pada yang sudi intai ini blog.





peacee yaaa :)



till then,
bye


love

mengatur pergi

assalammualaikum :)

isnin 27 june 2011 riang ria berada dirumah tanpa mebuat apa apa,
tahap kebosanan sangat maksimum ya..

harap maklum!

kerana hati ini masih dalam pembikinan dan pemulihan lagi :)


semoga hati ini cepat sembuh dari semuanya

bicara hati yang bisu


tidak dengar sebarang bicara bukan??

ianya nyata hanya hati sahaja yang tahu pahit dan manis sebuah kehidupan


jatuh semangat ku ketika ini

terduduk ku seketika melihat dia sedang menyemai kasih

hilang rasa tinggi diriku

tetapi,

terbang ku terus belayar dilautan emas ini

jugak tidak ketemu apa yang ku cari

MANA SILAPNYA??

Naluri itu memang bisu kerana tiada kedengaran bicara

TAPI

langkahku yang terus mengatur pergi itu tidak pernah mati


(^__^)








Sunday, June 26, 2011

berkawan dengan bekas kekasih

assalammualaiukum semua :)

sihat semua kan.. <3

entry kali ini berkenaan dengan salah atau tidak kita berkawan semula dengan bekas pasangan kita selepas sudah terputusnya ikatan itu ..

perpisahan ini selalunya terjadi bila kedua dua belah pihak tidak ade keserasian, curang dengan pasangan, bosan la dengan pasangan masing dan sewaktu dengan nya yang boleh menjadi faktor kepada kehancuran tapi bila dah jadi semua nie so we must accept it eventhough it hard..


apa yang dari kita semua nampak dari keadaan sekeliling, selalunya bila dah berpisah ni, mula la masing masing tak nak tegur sapa lagi, taknak tengok pon muka tuh kalau boleh kan, habis semua delete num fon and kenangan kenangan bersama .. kononnyer laaa..

sampai ada sesetengah kata:
" sumpah aku taknak ada kena mengena ngan kau lagi lepas ni,jangan ganggu hidup aku lagi"
bersumpah sumpah bagai kan yang sesetengah ni, pelik bukan ..tapi ni la lumrah kita sebagai manusia..

tapi ada yang part positive nye jugak, ada yang boleh terima keadaan selepas mereka mengambil keputusan untuk putus..
mungkin mereka lebih selesa menjadi seorang sahabat, boleh duduk lepak sekali gitu,bergurau senda and this is good rite, saya suka ini :)


sebenarnya tidak salah untuk kita berkawan semula dengan bekas kekasih kita bila perpisahan itu berlaku dalam keadaan yang baik tanpa ade sedikit pun perasaan dendam tapi ingat ada batas batas nya, dia bukan lagi kekasih kita so jangan nak ada perasaan lain pulak..heee

so kesimpulannya ,kita semua buat silap dan tahu dimana silap kita dengan pasangan kita bukan.. menjadi kawan kepada bekas kekasih kita bukan laa semua orang boleh lakukan, its hard rite?
islam sendiri mengajak kita membina ukhuwah bukan memutuskannya so why not we try to make a friend to each other , pengalaman banyak mengajar kita semua erti kehidupan walaupun dengan bekas kekasih kita sendiri..ianya menjadi kita lebih matang dalam membuat keputusan dan berfikir :)


sweet sangat bila pasangan yang sudah putus ini berkawan semula
mana tahu kalau dah itu memang jodoh mereka,sampai laa serunya nanti kan.. heeheee


till then,
bye


love








PENAT

assalammualaikum :)

seperti biasa pertanyaan saya, kamu semua sihat ?

alhamdullilah kalau semuanya sihat,syukur kepadanya kerana memberi masa lagi untuk kita semua bernafas dibumiNYA :)


hari ini AHAD, 26JUNE2011.

saya sangat kepenatannya...

kerana apa ?

kerana mengemas kamar yang macam tempat pembuangan sampah ini..

dasyat bukan.. heeee (*__*)

dari jam didinding pukul 2.00pm sehingaa 5.00pm baru la selesai semuanya

lama bukan.. nampak sangat kamar ini sungguh seperti tempat pembuangan hehe

akhirnya berjaya menjadikan kamar ini sempurna seperti bilik seorang puteri yang cantik persis bidadari aurrmm :)


tersenyum selepas melihat kamar yang bersih lagi sempurna dengan penukaran possisi katil dan perabot serta dihiasi dengan lilin yang berbau harum


big thanks kepada mama, abah, angah dan mira yang turut membantu dalam aktiviti hari ini

:)

berjaya mengikat kaki ini supaya tidak merayap diluar sana dan dipenuhi dengan aktiviti berfaedah :)



p/s : hurm kepada kamu . kalau kamu baca blog ouh chenta ini, saya memhon maaf sekali lagi..

okay

till then,
bye take care sweetheart :)

hati yang sering terusik


assalammualaikum

sihat sihat bukan kamu semua , alhamdulliah :)


berbicaranya soal hati semua orang pasti mempunyai rasa yang sendiri

sedih gembira riang sayu terluka terusik semuanya hati sahaja yang tahu dimana dan mengapa ianya terjadi bukan..



kini ingin ku berbicara tentang hati ini yang sering terusik dengan keadaan sekeliling dan ujian dariNYA :)

lebih lebih lagi bila berbicara dan mengenangkan tentang DIA


DIA yang sering membuat hati ini terlalu gembira dan juga menangis :)


hebat bukan DIA, tapi dia kini mengambil langkah untuk tidak ingin berkasih lagi

kerana apa?


kerana silapnya saya sebagai seorang manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan

KEJAM bukan saya


hanya ungkapan MAAF mampu ku ucapkan tetapi tidak memberi apa apa kesan padaNYA

KERANA?

mungkin hati DIA lagi terluka dikala ini


maafkan saya sekali lagi


ku mohon agar kamu memaafkan saya dan turut bergembira bersama teman teman mu disana


damailah kamu disana ,

ingin ku bawa semua kenangan dan semua yang terindah tentang kita jauh dihati ini agar ianya tidak mengusik perasaan kamu lagi


ku pasti keputusan mu kali ini tidak ada rundingan lagi

berbicara kamu sungguh keras tanapa sebarang nokhtah ketika itu

MAAF

Sedangkan lidah lagi tergigit,ini kan pula kamu dan saya :)




jaga diri

till then,
bye


-love-







Saturday, June 25, 2011

hey kamo


assalaammualaikum :)


hye incik gumok!

ada apa intai intai ini blog .. :)


sweet sungguh kamo ini

macam gula gula lolypop pulak! ngeee


take care

love ya :)

till then.

bye


sabtu


assalammualaikum :)

selamat kepada rakan rakan sekalian


apa plan hari sabtu ini?

berjalan dan bercanda bersama teman?

tidur sahaja 1 hari?

membuat aktiviti berfaedah..

melawati program skim latihan 1 malaysia!

ouh itu sungguh menarik sekali jika kamu semua pergi..

peluang yang hebat bakal anda dapat

insyaallah :)


hari ini plan mahu ke kuala lumpur conventional centre untuk menghadiri skim latihan 1 malaysia itu.


dengar macam menarik .

kerana apa?


kerana semua company company yang didaftar under kerajann dan company besar jugak tidak salahsaya ada disitu..

seperti Axiata, Malaysian Airport Holdings, Telekom Malaysia, Tnb,Affin bank
dan banyak lagi :)


SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA?

tahu or tidak tahu?

meh saya bagitahu laa..

ianya bertujuan membantu para siswazah mendapat perkerjaan yang sesuai dengan perkerjaan dan kelayakan mereka..

dalam skim ini , siswazah yang tidak mendapat perkerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan mana mana syarikat syarikat milik kerajaan selama setahun dan layak menerima elaun minimum rm 1000 sebulan sepanjang temnpoh latihan..


menarik bukan..


so apa lagi kepada rakan rakan yang telah habis belajar itu dan tengah menunggu peluang perkejaan ,

mari kita pergi ke klcc ini


tidak salah saya di HALL 3 kot!

:)






okay,
till then


:)


love yah


penangan maharajalawak :)

assalammualaikum :)

selamat rakan rakan sekalian

semoga semua sihat sihat belaka ok :)


dari semua sedia maklum, penangan maharajalawak sungguh sangat memberi impak dan kejutan demi kejutan sehingga saat keputusan diumumkan jugak memberikan keputusan yang tidak dijangka oleh saya :)

mengharapkan JOZAN saya akan MENANG, tapi mereka tewas ditangan SEPAH yang tidak kurang hebatnya juga ..akhirnya juara maharajalawak jatuh jugak pada SEPAH.,mungkin rezeki mereka dan bakal anak shuib itu ... SYABAS SEPAH..

walauapepon JOZAN saya tetap MAHARAJALAWAK pada peminat peminat mereka
peacee yawww!

begitu hebat sekali penaangan maharajalawak ini,sehinggakan tepat kul 10.00pm tepat, saya sudah berada di depan tv dengan penuh rasa tidak sabarnya menunggu giliran peserta peserta .. ~eceh! ayt kau xleh blah kan! haha

dengan keriuhan dirumahnya lagi bersama keletah si kembar yang datang rumah dan si kecik alisya yang kejap kejap jatuh bila mula berjalan.. sangat happening apabila semua keluarga dapatberkumpul bersama pada masa masa ini
alhamdulillah sehingga kini masih dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia dan mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia juga dengan pasangan saya! jeng jeng jeng..
siapakah beliau?~~~ tunggu saje laa yeaa
sape masuk minag dulu, kalau mama terima ,dialah orangnya.. boleh tak gituu?? HAHAH :)

eh eh lari entry pulak nie.. HEHE

apeapepon. semua finalist MAHARAJALAWAK adalah juara :)




ok,
till then

love you people


*____*

gudnite


Friday, June 24, 2011

itu ini


assalammualaikum ..


hai rakan rakan sekalian sihat dan bahagia kah kamu semua?
ingin berceloteh sesuatu disini kerana waktu waktu henig begini sungguh bosan bukan, so saya mengisi aktiviti berfaedah dgn mengisi ruangan blog ouh chenta ini untuk memulakan coretan.

baru sahaja menamatkan intersesi, alhamdulilah semuanya berjalan dengan sempurna sekali..:)
ouh bercerita tentang result baru ini, alhamdulilah baik baik result saya itu..apa? DL ? hehe :)
biarlah tuan nye saja yang tahu berapa result itu yea n mengharapkan result utk intersesi ini pon baik baik dan terbaik laa supaya saya dapat menamatkan izajah saya dengan kelas pertama! oopss..berangan saja mahu kelas pertama kan! harap harap dapat.. amin :)

saya kini sedang enak bercuti dirumah, dan perasaan merindui shah alam itu sudah mula terbit didalam diri.. ouh mengapakah? mungkinkah sebabb?? _____________ :) heeheee
zaman pembelajaran saya sudah pun tamat. tiada lagi exam.tiada lagi buku.tiada lagi kelas.tiada lagi cikgu cikgu dan tiada lagi aktiviti yang heaven dishah alam..
akan merindui saat saat itu semua
tapi sekarang smeua serba moden bukan, masing masing berhubung melalui facebook,twitter dan bbm .

menyebut pasal itu bbm, saya sangat merindui handphone berry2 saya yg hilang semasa berada dikuantan itu..sungguh sedey :(
handphone itu tidak sampai setahun pon saya pkai dan sudah hilang,apa la nasib..
handphone pemberian incik muhammad jugak turut hilang ...
total kehilangan pada hari itu adalah mengjangkau RM1K+
disebabkan kealpaan dan kegirangan sangat la tuh barang barang pun boleh hilang..
benda sudah mahu jadi kan, tak elok dikenang..tak bersyukur namanya itu..

semoga orang yang amik handphone dan beg saya itu selamat laa dunia akhirat :)



okay.
malas taip dah!

byee

^____*



inspirasi

google image




cantik bukan kereta diatas ini..

ingin ku memiliki sebuah warna ini

alhamdulillah

coming soon :)

woot woott



terima kasih kepada yang berkenaaan :)

semangat untuk ke arah menghabiskan lesen P itu sungguh tinggi sekarang

ini semua disebabkan si purple itu :)






sekian

thank you :)





Saturday, June 11, 2011

cinta hati


CINTA DIHATI INI

HANYA MILIK ALLAH SWT

TIADA YANG KEKAL DIDUNIA INI

MELAINKAN DIA YANG MAHA ESA


YAALLAH!

AKU MENERIMA SEGALA UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN PADAKU DIKALA INI

AKU REDHA :)


SUDAH TERLALU JAUH AKU MELUPAKAN MU

HINGGA SUATU SAAT, AKU TERDUDUK MENERIMA UJIAN DARIMU!


DIKALA ITU,DIDLM HATI INI BERBISIK

BETAPA BESARNYA UJIAN MU KEPADAKU YAALLAH

TAPI AKU REDHA DIATAS SEMUA INI


AKU BERSYUKUR KERANA TELAH DIHADIAKAN SEBUAH KELUARGA DAN SAHABAT YANG TERLALU MENGAMBIL BERAT


YAALLAH..

AMPUNIKU YANG SERING MELUPAKANMU

SAAT KAU LIMPAHKAN KURNIAMU

DALAM SUNYI DAN KELAM AKU BERSUJUD

:)









berbicaranya hati :)


yaallah

kekuatan hatiku ini hanya engkau saja yang tahu

kepiluan itu ...

tak pernah aku rasakan begini

setelah sekian lama aku abaikan segala rasa


YAALLAH ....

berikan aku kekuatan ..


kerana ada hati yang perlu dijaga!!

tak mengapa kalau aku dilukai lagi..


TAPI TOLONG!

JANGAN yang SATU itu..


KERANA DIA...


masih ada rasa..

dihati ini..

mungkin tiada untuk hari ini

tapi mungkin esok..


tempatnya disini..

aku tidak menanti..

aku jugak tidak mengharap...


usaha doa dan tawakal..


untuk mendapatkan yang terbaik



AMIN :)


kadang kadang rasa hati itu selalu gundah

kerana rasa yang berbelah bagi..

kekacauan jiwa dan perasaan menjerit seiring dengan kerinduan yang tak tahu arah tujunya

cintailah aku walaupun hanya sebagai seorang SAHABAT!

kerana melupakan engkau itu bukanlah aku!

Friday, June 3, 2011

cik ebab saya :)



salam,
hai rakan rakan sekalian..sihat semua? hari ini saya ingin bercerita tentang roomate saya sepanjang saya belajar dishah alam..

roomate yang saya kenali sebagai nadia binti zakaria! pada awal perkenalan kami masa part 3,saya gambarkan die sebagai seorang kakak kakak yang sangat laa matang yea dari segi perwatakan beliau tapi sebenarnya sangkaan saya tersangat laa meleset! haha


MENGAPA?


sebab beliau tidak seperti yang saya jangkakan..

comel kan picture diatas :)
peace ebab! hehe

kami mula rapat dari 1 masa ke semasa...

dan kini die bergelar roomate saya..

jum selongkar cerita tentang beliau..

nama diberi oleh rakan rakan ialah 'ebab'

dilahirkan di bangi (memandai aku jee kan,haha)

dan anak ke 3 dari 6 orang ..

sudah mempunyai pasangan sehidup semati iaitu incik figos :)


*kami mula rapat bila kami berpindah dirumah di blok 11, pintu rumah 602 di section 7 shah alam ..

dan kami berada di satu bilik yang sama

bilik yang paling kecil tapi sweet dan jadi besar dengan telatah kami berdua
hehe :)


pada awalnya,masing masing diam mcm laa kucing..konon tak byk ckp pulak memasing nie,,

tapi akhirnyaa hari demi hari persahabatan ini terjalin,terkeluar laa smua sifat masing masing yang 'buruk' dan 'cantik' nya! hahaha

ebab seorang yang ayu dan very the keperempuanan gitu,dats y laa incik figos jatuh hati dengan beliau! eheemmm ,,*cpt2 masuk minang ye wan hehe*

sangat komited dengan kerja beliau..
ada diari harian tau dia nie, n dia sebagai assistant laa bg saya ngn pp

sebab apa2 jee mesti dia akan catit didlm buku diari kecilnya itu dan saya dan pp tidak perlu risau lagi..!

hehehe

ouhh ttg perangai beliau yang tidak akan dilupakan, bila die 'blur' dalam suatu keadaan..
hehehe

comel jee bila ebab nie blur,rasa nak snap pic jap time tuh pastu suruh dia sambung 'blur' balik ! hahaha

sangat pendengki dengan saya bila saya mahu tidur! dia akan sedaya upaya kacau supaya saya tidak tidur, lagi lagi bila dia tgh wat assgment .

selalunya sebelum kami berdua melelapkan mata,ade je cerita yang dibualkan dan seprti biasa dia akan menendang kaki saya! hahaha


dan seperti biasa jugak bila tgh tidur kaki saya tertendang beliau!
maaf laa ye ebab,kite xsedar time tuh!
hahah

semua cerita tentang saya dengan dia dan dia, cik ebab tahu!
penat dah die dgr cte ttg dia dan dia! dan seperti biasa jugak die menjadi pendengar setia kepada cik chenta ini,memberi nasihat yang tidak putus putus dan suruh saya membuat keputusan terbaik , dan cik ebab ni tersangat laa tak sabar nak menunggu kad kawen saya bersama siapa .haha:)
terima kasih ebab! hate to say it, but really miss that moment!
:)


alhamdulilah,sepanjang setahun kami duduk didlm 1 bilik yang sama,tidak pernah ade perselisihan faham malah hubungan kami bertambah erat lagi ..


baru baru nie saya ada post di fb nya mengatakan saya merindui beliau dan ingin bercerita ttg kisah 1 cerita hehe

dan dia menghantar pesanan ringkas mengatakan
"tunggu pangilan hot dari put3ri bangi pada pukul 11.30mlm"

dan seperti yang dijanjikan cik ebab kol dan kami berborak itu dan ini

dan dia seperti seorang yg pandai berkata kata memberikan nasihat!



:)


*ebab, kalau awak baca blog kita ini*

kita nak bagithu awak yang kita rasa bertuah sangat dapat kawan mcm awak!
kawan yang sgt cantik dan tersangat la putihnye!
kita harap lepas kita dah hbs belajar ni dan jarang jumpa ni hope hubungan ni still rapat
terima kasih jugak kerana selalu jadi orang tgh di antara incik xavi dan saya :) hehe

kita sayang awak.
kita rindu awak..
kita rindu nak berbual dgn awak sebelum tidur :)

nanti kalau raya,awak dtg la rumah kita tau,nnty kita dtg rumah awak jugak! insyaallah :)

kalau kawen dengan incik figos,jangan lupe kita!


saya senang bersama kamu sepanjang belajar ini
terima kasih jadi kawan suka dan duka saya :)

love you


*___*

byebye










Wednesday, June 1, 2011

berhabuk ini blog

salam,

hai rakan rakan,setelah sekian lama blog ini tidak diupdatekan..kesibukan dengan tugasan harian ..
hari ni 1 june 2011 bulan enam sudah kita sekarang,tak lama lagi puasa then raya!

seronok apabila terkenangkan hari raya,persiapan hari raya,baju rayer berpasang pasang la seprti biasa untuk kaum wanita kan!

eh eh apa pulak cerita pasal raya ni,puasa pon dok lagi kan! hehe

seperti yang sedia maklum, yana sekarang berada dishah alam..pelik kan..kawan kawan lain semua dah tutup buku,saya pulak terkinja kinja lagi bukak buku nie! ouh begini, saya buat intersesi disini :) mereka takpayah buat sebab mereka semua dari diploma in business so subjek ibm dgn opm nie mereka dah amik time diploma dulu,saya nie je terkecundang jauh dari diploma ke degree.. hehe

so terpaksa la amik masa intersesi untuk menamatkan degree ini dengan sempurna dan first class . ouh insyaallah doakan yea :)

ouh bulan 7 ini saya praktikal! berfikir soal praktikal ini boleh mendatangkan 1 stress bagi saya.. dapat 1 offer dr KUB MALAYSIA BERHAD tapi die offer dekat kota kemuning nun jauh sana! memang mentah mentah laa saya tolak kan ..bukan demand tapi jauh sgt tmptnyee.. so tgh tnggu offer dr naza pulak sekarang ini. hopefully ade rezeki disana,,amin :)

bercakap dan bersoal jawab dgn hati ni,macam macam dah berkecamuk.. hati yang sering saja rungsing bila memikirkan keadaan itu, hati yang sering saja berjauh bila berfkir tentang itu dan ini! ouhh jauhkan laa segala perasaan perasaan ini semua agar tidak menyakiti lagi hati yang telah banyak sangat menangis kerana sebuah prasangka dan permainan hidup didunia ini..
kebahagiaan ini hnyalah pinjamaNYA darinya,tiada yang kekal..so manfaatkan laa sebaik mungkin sesiapa saje yang berada disekeliling kamu dan sentiasa menyayangi kamu :)



byebye

love all of you

*___*