Thursday, December 16, 2010

butterfly ;)



ingin menjadi seperti butterfly :)




Rama rama ibarat wanita . Ianya indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

Memang fizikalnya tiada apa apa yang kurang tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. begitu jugak la wanita. Ianya bagaikan rama rama yang terbang membawa corak corak indah apabila corak corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Harga rama rama terletak pada warna dan coraknya. dan harga wanita terletak pada apakah masih tubuhnya masih tulen tatkala dia didiampingi oleh suaminya.:)

Mahalkan harga diri kita. Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai diri kita disisi lelaki..
Lelaki perosak kini ada dimerata rata yang hanya inginkan kuasa untuk memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi kita sebagai kaum wanita :)

Jadilah seorang wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri dan kita akan sentiasa lebih dihormati.
Nilai diri kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar benar sanggup menyintai kita.

Cinta itu adalah kasih sayang dan penuh dengan keikhlasan.
Selama mana kita belum menemuinya anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan rama rama,

Jadilah rama rama yang mengindahkan alam dan Jadilah wanita yang membanggakan semua orang

wiee...



sekian terima kasih

nurkilan : ouh chenta ;)




No comments:

Post a Comment